assalammualaikum dan salam sejahtera, salam Jumaat dan Salam sayyidul ayyam!
Hari ini pada hari Jumaat bersamaan 15 Mac 2019, hari yang penuh barakah ini maka terhasil la satu blog yang dibuat oleh insan bernama Norshuhaila Binti Samsudin. Poyo sikit :p sebab ini merupakan kali pertama saya buat blog dan menulis blog. Sebelum ini, saya cuma membaca sahaja dari blog-blog orang lain. Nak menulis dan membuat macam tiada masa. Bukan tiada masa, tapi tiada hati lagi mahu membuat :p
Tidak tahu la apa angin saya ini, tiba-tiba tercetusnya idea mahu menulis blog. Tapi saya membuat blog ini kerana ada sebabnya, salah satu sebabnya adalah saya mahu mengembangkan bakat saya dalam menulis ๐ acah je haha! bukan ada bakat menulis sangat pun. okay serius talk, saya buat blog ini kerana saya suka menulis. serius. Mungkin itu salah satu sebabnya terlahir la blog ini.
Ya tahu, zaman sekarang ini zaman yang mana orang dah tak rajin nak buka blog dan membaca. Zaman sekarang ini kan, zaman orang lebih suka bersosial media dengan menggunakan Facebook, Instagram, Twitter dan segala macam jenis sosial media yang wujud di muka bumi Tuhan ini. Mujur la saya ini cuma bersosial dengan Facebook, Instagram dan Twitter sahaja. Segala jenis sosial media yang pelik-pelik itu tidak la saya mahu dan teringin terokai. Contohnya seperti Tik Tok! emm WTF
(baca What The Fish). Alhamdulillah sebab saya tidak mudah terpengaruh dan terikut dengan benda-benda pelik yang manusia zaman sekarang suka buat๐
Okay berbalik pada tujuan saya buat blog ini, antara sebab lain tercetusnya idea dan timbulnya perasaan buat blog selepas saya banyak membaca buku karya Aiman Azlan, Hilal Asyraf dan beberapa penulis lain. Apa kena mengena baca buku dengan buat blog ini? sebab hasil daripada bacaan saya itu la tercetusnya idea dan perasaan mahu menulis. Saya terinspirasi dengan cara mereka menulis. Penuh dengan ilmu pengetahuan dan bahasa-bahasa yang mereka gunakan dalam penulisan sangat lah jelas menunjukkan mereka itu golongan yang berilmu pengetahuan. Kalau dalam english, jenis yang educated la. Selain itu, saya juga terinspirasi dengan orang-orang sekeliling saya yang mahir dalam menulis dengan menggunakan ayat dan bahasa yang indah dan sedap untuk dibaca. Entahla, yang pasti saya tertarik dengan golongan yang berpengetahuan dan berilmu ini dalam cara mereka menulis.
Selain itu, saya berminat membuat blog ini kerana, saya mahu meluahkan apa yang saya rasa melalui penulisan. Kiranya blog saya ini ibarat diari la (konon). Untuk pengetahuan, saya ini sejenis manusia yang kurang bercakap. Kalau orang sekeliling saya anggap saya jenis banyak bercakap, itu terpulang. Tetapi, apa yang saya telah perhati dan nampak sepanjang saya belajar mengenali diri saya, saya bukan jenis orang yang bercakap banyak. Tidak tahu la kenapa jadi begitu. Sedangkan sebelum-sebelum ini terutamanya zaman sekolah menengah saya gemar bercakap tetapi sejak memasuki usia 20-an ini lebih suka mendiamkan diri berbanding bercakap. Bercakap bila perlu sahaja. Tentang ini saya akan tulis dalam entry seterusnya. Berkaitan diri saya. Dan ia ada kaitan dengan bulan kelahiran saya iaitu bulan Ogos. Kerana pensyarah saya sendiri kata, orang yang lahir bulan Ogos ini jenis small talk Saya tahu tiada orang mahu baca, tapi saya tulis sebab saya sendiri mahu baca penulisan saya๐
Selain itu, saya akan kongsi serba sedikit pengalaman hidup saya. Dari zaman jahiliah saya sehigga la zaman saya menerima tarbiah. HUHU. serius. Saya akan menulis tentang ini sekiranya saya ada masa yang terluang. Saya bukan menulis kosong sahaja ya, saya akan selitkan ibrah dan hikmah sepanjang apa yang saya dapat dalam hidup ini. Selain itu, saya akan berkongsi pendapat berkaitan isu-isu atau pengetahuan yang saya peroleh dalam blog saya ini. Ilmu pengetahuan yang saya ada tidak la seluas orang lain, tapi untuk berkongsi pendapat dan pandangan itu sahaja kira boleh la.
Okay. Setakat ini sahaja untuk penulisan saya hari ini. Sekarang dah pukul 10.54 pagi. Tengah hari nanti saya mahu ke library kerana ada date dengan kawan baik saya :p dan pukul 2 petang nanti ada group discussion. Pukul 4 hingga 5 petang ada tutorial kelas. Jadi pagi ini, ada sedikit masa terluang yang Allah beri oleh sebab itu saya buat blog ๐
okay la bye Assalamualaikum! don't forget to read Al-Kahfi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan