Assalamualaikum.
Malam ini aku terlintas mahu menulis blog. Mungkin kerana tiada apa mahu dibuat, jadi lebih baik aku manfaatkan masa yang ada ini sebentar dengan menulis blog. Tujuan aku menulis ini kerana aku mahu berkongsi apa yang aku dapat dalam minggu ini.
Dalam minggu ini, aku sedar banyak perkara yang berlaku yang sebenarnya memberi kesedaran kepada aku. Walaupun apa yang berlaku itu tidak kena pada aku, tetapi ia tetap memberi kesan pada jiwa dan diri aku ini.
Aku terkesan dan sangat simpati di atas musibah yang menimpa penduduk di Pasir Gudang, Johor. Seperti yang umum tahu, penduduk di Pasir Gudang kini sedang diracuni dengan udara yang tercemar akibat sisa pembuangan toksik atau bahan kimia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka buang sisa-sisa bahan kimia itu ke dalam sungai berhampiran yang mana penduduk-penduduk kampung/perumahan tinggal di sekitar sungai tersebut. Malahan, terdapat juga sekolah berhampiran di sungai tersebut. Tidak silap aku, sungai itu namanya Sungai Kim Kim.
Sungguh, aku berasa geram dengan pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa bahan kimia itu ke dalam sungai. Mereka seolah-seolah tiada kesedaran dan tidak berfikir terlebih dahulu kesan di atas tindakan mereka itu. Mungkin kerana sikap mengutamakan keuntungan dan dasar kapitalis yang sudah tersemai dalam diri itu menyebabkan mereka tidak peduli akan kesan kepada penduduk setempat dan kepada keadaan alam sekitar itu sendiri.
Begitulah sifat manusia, apabila nafsu menguasai diri dan apabila mahu mengejar keuntungan dunia semata-mata. Maka, hilanglah sifat kasih-sayang atau rahmat dalam diri tanpa mempedulikan 'kehidupan-kehidupan' lain yang berada di sekelilingnya serta melakukan kerosakan di bumi.
Sebenarnya, perkara ini buat aku sedar bahawa hidup ini, kita perlu memikirkan dan mengambil kira kehidupan orang atau benda lain yang berada di sekeliling kita. Which Mean, sebelum membuat apa-apa perkara, kita perlu gunakan akal yang Allah beri ini untuk berfikir sama ada tindakan yang kita lakukan itu beri kesan yang baik atau buruk pada diri kita dan orang-orang di sekeliling kita,
Aku terkesan, kerana dahulunya aku selalu amalkan sikap tidak peduli dan ambil kira terhadap kehidupan orang/benda di sekeliling aku. Contohnya, aku kurang menjaga perlakuan aku dan kata-kata yang keluar daripada mulut aku apabila ingin berbicara dengan orang lain. Mungkin tidak banyak, tapi tetap barangkali telah mengguris hati orang lain tanpa aku sedar atau tidak. Tapi itu hanya waktu dahulu, waktu yang mana aku tiada kesedaran lagi. Tapi selepas itu, Allah sedarkan aku yang perlakuan dan tindakan aku itu tidak memberi kebaikan pada diri aku.
Selain itu, dalam hal lain pula, aku sedar betapa pentingnya dalam menjaga hak dan nikmat yang Allah beri pada diri kita. Bukankah alam yang terdapat di sekitar hidup manusia ini merupakan salah satu ciptaan Allah? dan dalam cara manusia mencari ketenangan hati itu, bukankah dengan melihat keindahan ciptaan Allah? dan alam semulajadi itu adalah salah satu nikmat yang Allah beri pada hambaNya. Dalam isu pembuangan sisa kimia itu, mereka buang di sungai bukan? sungai itu Allah yang cipta bukan? dan udara yang manusia sering gunakan untuk bernafas bagi meneruskan hidup itu Allah yang beri bukan?
Jadi, bukankah itu semua salah satu nikmat dan hak yang Allah kurniakan pada manusia? Tapi kita jarang mahu menjaga kurniaan nikmat dan hak yang Allah beri itu dengan baik. Dalam kita tidak menjaga nikmat dan hak yang Allah beri pada kita itu, kita juga telah menarik juga nikmat dan hak orang lain. Hak untuk mereka teruskan hidup misalnya. Ya, tahu apa yang berlaku itu semuanya telah ditakdirkan Allah. Tetapi sekiranya, kita mempunyai kesedaran untuk menjaga hak dan nikmat Allah itu, perkara seperti ini dapat dielakkan daripada berlaku.
Ini pendapat aku sahaja, aku mengambil ibrah dan hikmah dengan apa yang terjadi di Pasir Gudang itu dari sudut kurniaan akal yang Allah beri kepada manusia, yang mana apabila manusia menggunakan akal untuk menuju kepada perkara yang salah, dan ia terus membawa tindakan manusia itu sendiri dalam melakukan perkara yang memberi keburukan pada diri dia dan pada kehidupan lain.
Aku petik ayat daripada Surah Ar-Ruum ayat 41 yang mana Allah berfirman,
"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat"
Jelas sekali dalam ayat ini, semua kerosakan di bumi ini semuanya hasil daripada perbuatan/tindakan manusia itu sendiri bukan? Jadi, sama-sama la aku, engkau dan kamu bermuhasabah diri dengan setiap perkara yang terjadi di muka bumi Tuhan ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan