Sabtu, 16 Mac 2019

Kosong.

Aku tak tahu kenapa.
Malam ini, lagi sekali rasa kosong itu datang semula kat hati aku. 
Aku tak mampu nak ungkap dengan kata-kata perasaan itu.

Perasaan itu, seperti kosong.
Entah. 
Yang cuma mampu, mahu menangis je.

Memang waktu usia begini, perlu alami fasa rasa kosong dalam hidup kan?

Aku cuma mampu positif sahaja untuk lawan bebanan perasaan yang aku selalu rasa ini.

Aku nak luah pada orang, orang tak faham. Aku cuma luah dalam tulisan dan pada Allah sahaja .

Aku selalu cakap ,
"Allah kat engkau sahaja aku bergantung dan berharap, engkau sahaja yang tahu apa aku rasa dan isi hati aku ini". 
Aku selalu cakap macam itu kat Allah, dari itu, aku rasa Allah itu memang ada sangat.

Entahla. 
Setiap orang lain-lain ujian dia kan.
Aku, Allah uji aku begini. Allah uji aku dengan rasa kosong dalam hati ini.

Mungkin ini cara untuk aku dekatkan diri aku dengan Allah.
Belajar cari Allah dalam semua perkara tidak kira waktu aku susah atau senang.

Dulu aku selalu lupa Allah waktu aku di fasa lupa diri. Selalu waktu susah baru nak cari Allah.

Semoga aku terus kuat je la nak teruskan hidup yang makin singkat waktu ini.





Isu di Pasir Gudang, Ibrah dan hikmah?

Assalamualaikum. 

Malam ini aku terlintas mahu menulis blog. Mungkin kerana tiada apa mahu dibuat, jadi lebih baik aku manfaatkan masa yang ada ini sebentar dengan menulis blog. Tujuan aku menulis ini kerana aku mahu berkongsi apa yang aku dapat dalam minggu ini. 

Dalam minggu ini, aku sedar banyak perkara yang berlaku yang sebenarnya memberi kesedaran kepada aku. Walaupun apa yang berlaku itu tidak kena pada aku, tetapi ia tetap memberi kesan pada jiwa dan diri aku ini. 

Aku terkesan dan sangat simpati di atas musibah yang menimpa penduduk di Pasir Gudang, Johor. Seperti yang umum tahu, penduduk di Pasir Gudang kini sedang diracuni dengan udara yang tercemar akibat sisa pembuangan toksik atau bahan kimia oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Mereka buang sisa-sisa bahan kimia itu ke dalam sungai berhampiran yang mana penduduk-penduduk kampung/perumahan tinggal di sekitar sungai tersebut. Malahan, terdapat juga sekolah berhampiran di sungai tersebut. Tidak silap aku, sungai itu namanya Sungai Kim Kim.  

Sungguh, aku berasa geram dengan pihak yang tidak bertanggungjawab membuang sisa bahan kimia itu ke dalam sungai. Mereka seolah-seolah tiada kesedaran dan tidak berfikir terlebih dahulu kesan di atas tindakan mereka itu. Mungkin kerana sikap mengutamakan keuntungan dan dasar kapitalis yang sudah tersemai dalam diri itu menyebabkan mereka tidak peduli akan kesan kepada penduduk setempat dan kepada keadaan alam sekitar itu sendiri. 

Begitulah sifat manusia, apabila nafsu menguasai diri dan apabila mahu mengejar keuntungan dunia semata-mata. Maka, hilanglah sifat kasih-sayang atau rahmat dalam diri tanpa mempedulikan 'kehidupan-kehidupan' lain yang berada di sekelilingnya serta melakukan kerosakan di bumi. 
Sebenarnya, perkara ini buat aku sedar bahawa hidup ini, kita perlu memikirkan dan mengambil kira kehidupan orang atau benda lain yang berada di sekeliling kita. Which Mean, sebelum membuat apa-apa perkara, kita perlu gunakan akal yang Allah beri ini untuk berfikir sama ada tindakan yang kita lakukan itu beri kesan yang baik atau buruk pada diri kita dan orang-orang di sekeliling kita, 

Aku terkesan, kerana dahulunya aku selalu amalkan sikap tidak peduli dan ambil kira terhadap  kehidupan orang/benda di sekeliling aku. Contohnya, aku kurang menjaga perlakuan aku dan kata-kata yang keluar daripada mulut aku apabila ingin berbicara dengan orang lain. Mungkin tidak banyak, tapi tetap barangkali telah mengguris hati orang lain tanpa aku sedar atau tidak. Tapi itu hanya waktu dahulu, waktu yang mana aku tiada kesedaran lagi. Tapi selepas itu, Allah sedarkan aku yang perlakuan dan tindakan aku itu tidak memberi kebaikan pada diri aku. 

Selain itu, dalam hal lain pula, aku sedar betapa pentingnya dalam menjaga hak dan nikmat yang Allah beri pada diri kita. Bukankah alam yang terdapat di sekitar hidup manusia ini merupakan salah satu ciptaan Allah? dan dalam cara manusia mencari ketenangan hati itu, bukankah dengan melihat keindahan ciptaan Allah? dan alam semulajadi itu adalah salah satu nikmat yang Allah beri pada hambaNya.  Dalam isu pembuangan sisa kimia itu, mereka buang di sungai bukan? sungai itu Allah yang cipta bukan? dan udara yang manusia sering gunakan untuk bernafas bagi meneruskan hidup itu Allah yang beri bukan? 

Jadi, bukankah itu semua salah satu nikmat dan hak yang Allah kurniakan pada manusia? Tapi kita jarang mahu menjaga kurniaan nikmat dan hak yang Allah beri itu dengan baik. Dalam kita tidak menjaga nikmat dan hak yang Allah beri pada kita itu,  kita juga telah menarik juga nikmat dan hak  orang lain. Hak untuk mereka teruskan hidup misalnya. Ya, tahu apa yang berlaku itu semuanya telah ditakdirkan Allah. Tetapi sekiranya, kita mempunyai kesedaran untuk menjaga hak dan nikmat Allah itu, perkara seperti ini dapat dielakkan daripada berlaku.

Ini pendapat aku sahaja, aku mengambil ibrah dan hikmah dengan apa yang terjadi di Pasir Gudang itu dari sudut kurniaan akal yang Allah beri kepada manusia, yang mana apabila manusia menggunakan akal untuk menuju kepada perkara yang salah, dan ia terus membawa  tindakan manusia itu sendiri dalam melakukan perkara yang memberi keburukan pada diri dia dan pada kehidupan lain. 

Aku petik ayat daripada Surah Ar-Ruum ayat 41 yang mana Allah berfirman,

"Telah timbul pelbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia. Timbulnya demikian kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian daripada balasan perbuatan-perbuatan buruk yang telah mereka lakukan, supaya mereka kembali insaf dan bertaubat"

Jelas sekali dalam ayat ini, semua kerosakan di bumi ini semuanya hasil daripada perbuatan/tindakan manusia itu sendiri bukan? Jadi, sama-sama la aku, engkau dan kamu bermuhasabah diri dengan setiap perkara yang terjadi di muka bumi Tuhan ini. 




Khamis, 14 Mac 2019

my first blogging!

assalammualaikum dan salam sejahtera, salam Jumaat dan Salam sayyidul ayyam! 


Hari ini pada hari Jumaat bersamaan 15 Mac 2019, hari yang penuh barakah ini maka terhasil la satu blog yang dibuat oleh insan bernama Norshuhaila Binti Samsudin. Poyo sikit :p sebab ini merupakan kali pertama saya buat blog dan menulis blog. Sebelum ini, saya cuma membaca sahaja dari blog-blog orang lain. Nak menulis dan membuat macam tiada masa. Bukan tiada masa, tapi tiada hati lagi mahu membuat :p 

Tidak tahu la apa angin saya ini, tiba-tiba tercetusnya idea mahu menulis blog. Tapi saya membuat blog ini kerana ada sebabnya, salah satu sebabnya adalah saya mahu mengembangkan bakat saya dalam menulis ๐Ÿ˜‚ acah je haha! bukan ada bakat menulis sangat pun. okay serius talk, saya buat blog ini kerana saya suka menulis. serius. Mungkin itu salah satu sebabnya terlahir la blog ini. 

Ya tahu, zaman sekarang ini zaman yang mana orang dah tak rajin nak buka blog dan membaca. Zaman sekarang ini kan, zaman orang lebih suka bersosial media dengan menggunakan Facebook, Instagram, Twitter dan segala macam jenis sosial media yang wujud di muka bumi Tuhan ini. Mujur la saya ini cuma bersosial dengan Facebook, Instagram dan Twitter sahaja. Segala jenis sosial media yang pelik-pelik itu tidak la saya mahu dan teringin terokai. Contohnya seperti Tik Tok! emm WTF 
(baca What The Fish). Alhamdulillah sebab saya tidak mudah terpengaruh dan terikut dengan benda-benda pelik yang manusia zaman sekarang suka buat๐Ÿ˜‚

Okay berbalik pada tujuan saya buat blog ini, antara sebab lain tercetusnya idea dan timbulnya perasaan buat blog selepas saya banyak membaca buku karya Aiman Azlan, Hilal Asyraf dan beberapa penulis lain. Apa kena mengena baca buku dengan buat blog ini? sebab hasil daripada bacaan saya itu la tercetusnya idea dan perasaan mahu menulis. Saya terinspirasi dengan cara mereka menulis. Penuh dengan ilmu pengetahuan dan bahasa-bahasa yang mereka gunakan dalam penulisan sangat lah jelas menunjukkan mereka itu golongan yang berilmu pengetahuan. Kalau dalam english, jenis yang educated la. Selain itu, saya juga terinspirasi dengan orang-orang sekeliling saya yang mahir dalam menulis dengan menggunakan ayat dan bahasa yang indah dan sedap untuk dibaca. Entahla, yang pasti saya tertarik dengan golongan yang berpengetahuan dan berilmu ini dalam cara mereka menulis. 

Selain itu, saya berminat membuat blog ini kerana, saya mahu meluahkan apa yang saya rasa melalui penulisan. Kiranya blog saya ini ibarat diari la (konon). Untuk pengetahuan, saya ini sejenis manusia yang kurang bercakap. Kalau orang sekeliling saya anggap saya jenis banyak bercakap, itu terpulang. Tetapi, apa yang saya telah perhati dan nampak sepanjang saya belajar mengenali diri saya, saya bukan jenis orang yang bercakap banyak. Tidak tahu la kenapa jadi begitu. Sedangkan sebelum-sebelum ini terutamanya zaman sekolah menengah saya gemar bercakap tetapi sejak memasuki usia 20-an ini lebih suka mendiamkan diri berbanding bercakap. Bercakap bila perlu sahaja. Tentang ini saya akan tulis dalam entry seterusnya. Berkaitan diri saya. Dan ia ada kaitan dengan bulan kelahiran saya iaitu bulan Ogos. Kerana pensyarah saya sendiri kata, orang yang lahir bulan Ogos ini jenis small talk Saya tahu tiada orang mahu baca, tapi saya tulis sebab saya sendiri mahu baca penulisan saya๐Ÿ˜‚

Selain itu, saya akan kongsi serba sedikit pengalaman hidup saya. Dari zaman jahiliah saya sehigga la zaman saya menerima tarbiah. HUHU. serius. Saya akan menulis tentang ini sekiranya saya ada masa yang terluang. Saya bukan menulis kosong sahaja ya, saya akan selitkan ibrah dan hikmah sepanjang apa yang saya dapat dalam hidup ini. Selain itu, saya akan berkongsi pendapat berkaitan isu-isu atau pengetahuan yang saya peroleh dalam blog saya ini. Ilmu pengetahuan yang saya ada tidak la seluas orang lain, tapi untuk berkongsi pendapat dan pandangan itu sahaja kira boleh la.
Okay. Setakat ini sahaja untuk penulisan saya hari ini. Sekarang dah pukul 10.54 pagi. Tengah hari nanti saya mahu ke library kerana ada date dengan kawan baik saya :p dan pukul 2 petang nanti ada group discussion. Pukul 4 hingga 5 petang ada tutorial kelas. Jadi pagi ini, ada  sedikit masa terluang yang Allah beri oleh sebab itu saya buat blog ๐Ÿ˜…


okay la bye Assalamualaikum! don't forget to read Al-Kahfi.



I am like TRISY

Dah lama tak tulis kat blog ini. Dah lama tak buka blog ni. Berapa abad dah. Sebab malas dan kadang-kadang tak tahu nak pos dan tulis apa. T...