Ahad, 23 Jun 2019

sabah bumi tarbiah


Tarbiah.

Satu perkataan yang telah mendidik diri aku dalam banyak perkara. Perjalanan selama 2 tahun lebih aku tinggal di Sabah ini sebenarnya banyak mengajar aku tentang hidup. Menetap di sana menyedarkan  aku bahawa yang aku perlu keluar dari ‘comfort zone’. Ya tinggal di sana mengajar aku untuk hidup lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan orang sekeliling aku. Sebenarnya, itu adalah salah satu bentuk tarbiah yang aku terima sepanjang menetap di bumi Sabah.

Kalau orang tanya pada aku, apa yang aku dapat apabila berada di sana. Jujur, apa yang aku mahu jawab adalah aku dapat mengenali tarbiah. Sebelum aku datang ke Sabah, aku tidak pernah tahu lansung apa itu tarbiah. Yang aku pernah dengar tentang ‘Tarbiah Sentap’ sahaja. Tetapi maksud sebenar disebalik tarbiah itu aku tidak pernah ambil tahu. Setelah menyertai usrah, baru aku mengenali apa itu tarbiah.

Aku masih ingat ketika usrah bersama murabbiku Kak Icah, dia menyoal kami satu persatu apa yang kami faham tentang tarbiah. Apa yang aku jawab sewaktu itu adalah ‘’tarbiah itu salah satu cara untuk kita dekat dengan Allah’’. Jawab murabbiku, tarbiah itu sebenarnya bermaksud didikan. Dari situ, aku mula mengenal apa itu tarbiah. Dalam hidup kita ini sebenarnya, kita sangat perlukan tarbiah itu. Supaya kita sendiri mampu menjadi muslim yang lebih baik pada masa akan datang.

Aku bersyukur sangat dapat menyertai usrah dan tarbiah apabila menetap di sana. Dalam masa yang aku dapat dikelilingi dengan orang-orang yang baik. Orang yang mengajar aku tentang hidup, yang membawa aku kepada kebaikan dan selalu memberi nasihat dan peringatan sewaktu diri terasa ‘down’ untuk teruskan hidup. Walaupun mereka semua tidak bersama aku setiap masa, apabila bertemu sewaktu usrah, daurah, mukhayyam dan program-program tarbiah, aku dapat merasakan perasaan gembira itu apabila dikelilingi oleh mereka. Dan perasaan sunyi dan kosong yang aku kerap rasa itu dapat hilang sebentar apabila bersama mereka.

Aku mahu menamakan Sabah itu sebagai bumi tarbiah untuk aku. Kerana di sana la aku belajar mengenal pencipta. Di sana la aku belajar untuk memperbaharui diri aku untuk menjadi muslim yang lebih baik lagi. Sungguh la, terdapat beribu hikmah sebenarnya apabila Allah campak aku tinggal di sana. Aku masih ingat lagi, sewaktu aku berada di sekolah menengah, aku pernah berdoa pada Allah supaya Dia hadirkan aku sahabat yang baik, dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan diberi peluang untuk menyertai usrah. Berapa tahun Allah simpan kemas jawapan untuk doa aku itu, setelah aku memasuki usia 20 tahun dan berada di Sabah, Dia jawab doa aku itu.

Kadang-kadang kita tak pernah Nampak kebaikan yang Allah nak tunjuk kepada kita kerana kita telah telah ditutup dengan keburukan yang sering kita persoalkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

I am like TRISY

Dah lama tak tulis kat blog ini. Dah lama tak buka blog ni. Berapa abad dah. Sebab malas dan kadang-kadang tak tahu nak pos dan tulis apa. T...