Rabu, 21 Julai 2021

I am like TRISY

Dah lama tak tulis kat blog ini. Dah lama tak buka blog ni. Berapa abad dah. Sebab malas dan kadang-kadang tak tahu nak pos dan tulis apa. Tapi malam ini terasa nak menulis dekat blog ni. Nak menulis dan coret apa yang aku rasa malam ni. Yela aku kan takde orang nak kongsi apa yang aku rasa sekarang ni. Dengan hanya menulis jela dapat melepaskan apa yang aku lalui dan rasa. 

Aku baru je habis baca novel Rooftop Rant. Rooftop Rant ni banyak kali dah aku khatam termasuk yang latest ni la. Aku memang suka reread semua novel-novel Hlovate. Sebab semua karya dia kena dengan jiwa aku. Dan bila aku baca balik Rooftop Rant waktu usia aku bakal masuk 24 tahun ni, barulah aku sedar yang watak dalam novel Rooftop Rant ni iaitu Khairul Batrisya Mazni a.k.a Trisy sebenarnya lebih kurang sama dengan aku atau aku sebenarnya sama dengan Trisy ni. Mana-mana jela kan yang pasti bila aku baca je balik Rooftop Rant ni aku menangis bila baca luahan Trisy dekat Jade. Baru sekarang aku mendalami dan faham watak Trisy ni.

Dia seorang yang lonely, introvert, susah nak bergaul dengan orang sekeliling dia, affection disorder. Dan yang membuatkan dia jadi begitu pun sebab kisah yang berlaku dalam hidup dia. Dia jadi begitu disebabkan parents and family. Parents yang tak beri perhatian penuh pada dia disebabkan masing-masing sibuk dengan hal urusan dunia, kakak abang yang abaikan adik sebab rasa dah besar and ada life sendiri. Dan akhirnya membuatkan Trisy terbiar tercampak terkontang kanting seorang diri.

Dan sungguh la, kalau nak diletakkan aku dalam situasi Trisy ni. Sungguh hampir sama. Aku dapat rasa perasan Trisy bila hidup nak kan perhatian dan kasih sayang. Sebab aku rasa, aku pun macam tu? Deep inside my heart. Aku memang nak rasa kasih sayang dan dimanja oleh parents sendiri. Diberi perhatian. Bukan aku nak kata parents aku abaikan aku. Dari segi fizikal, sediakan tempat tinggal, makan minum semua ya memang mereka effort untuk bagi. Cuma Allah dah uji aku dari kecil kan kena hadap situasi family broken. Parents bergaduh setiap masa, bapa abaikan tanggungjawab sebagai seorang ayah. Abaikan isteri dan anak-anak, emak yang kena ambil alih tanggungjawab tu semua. Banting tulang cari rezeki. Itu semua aku dah lalui sejak aku usia 8 tahun lagi. Hari-hari kena hadap situasi mak abah bergaduh. Dan dah nama pun kalau asyik bergaduh, anak-anak yang masih kecil dan masih perlu diberikan perhatian pun terabai la.

Memang kalau diingatkan balik, aku tak dapat kasih sayang yang cukup dari parents sendiri. Abah sibuk dengan perempuan simpanan dia waktu itu. Mak pula sibuk cari rezeki nak sekolahkan aku dengan adik beradik yang lain. Bila ingat balik, memang sumpah sedih. Dan disebabkan itu la, aku dah biasa hidup berdikari dan aku tak kisah pun selalu sendiri-sendiri. Dulu waktu kecil, kalau cuti sekolah orang lain ada la bawa anak-anak berjalan bercuti. Aku? Rasa seingat aku memang tak pernah pun sepanjang aku sekolah rendah ke menengah ke dibawa parents bercuti. Dan benda tu takdela aku nak rebel waktu tu. Cuma bila dah besar ni bila fikirkan balik kenapa aku tak rasa macam mana orang lain rasa, sebabnya situasi aku dibesarkan tak sama dengan situasi orang lain dibesarkan.

Deep inside, aku nak je rasa family yang harmoni. Yang boleh solat jemaah sama-sama, etc etc. Tapi benda tu kalau aku nak mulakan dulu pun aku awkward kot untuk buat. Sebab aku sendiri awkward nak mulakan benda tu. Bukan senang. Bukan senang nak mulakan bila dari kecil kau tak pernah nak diajar pun buat benda tu. Dan kalau nak dibagi orang lain faham situasi hidup aku ni, rasa macam dorang takkan faham. Bak kata Trisy, tak akan ada yang faham selagi mana mereka tak pernah duduk dalama situasi kita.

Entahlah. Aku rasa siapa-siapa pun orang yang aku jumpa takkan pernah faham situasi hidup aku ni macam mana. Yang dorang cuma tahu, "cuba buat". Aku teringin nak jadi macam Trisy yang hadirnya Jade dalam hidup dia. Jade yang sentiasa dengar luahan Trisy. Jade yang sentiasa faham situasi Trisy. Jade yang care pasal Trisy. Okay la dulu aku rasa aku ada lah "Jade" ini. Tapi manusia datang dan pergi. Dan he's not my fate I guess. It's okay la yang tu. Cuma nak cakap hal macam Jade ni, memang aku admit la yang dia tu memang ada ciri-ciri macam Jade. Ingat lagi, dia memang care pun pasal aku. Haha. Tu kisah dulu. And now, I hope I wish la one day Tuhan akan hantar Jade yang betul-betul Jade dalam hidup aku. Aku harap sangat aku akan jumpa orang macam Jade ni. Aku harap aku dapat teman hidup macam Jade ni. Aku harap orang tu boleh terima kekurangan yang sangat banyak dalam hidup dan diri aku ni. Yang boleh terima dan faham aku ni macam mana, parents aku macam mana. Yang akan sentiasa tadah telinga dia untuk aku rant bila aku tengah down, sedih. Dan the same thing aku akan lakukan untuk dia macam mana Trisy pun buat kat Jade.

Tuhan, semoga kau temukan lah aku dengan teman hidup yang macam Jade. Yang boleh terima dan faham aku. Tak tahu la siapa dia. Tapi aku mohon kau temukan dia dengan aku sebelum aku mati. Aku nak sangat tahu siapa fate aku. Siapa yang akan berdamping dengan aku. Tak sabar nak rant dekat dia segala benda tentang hidup aku. Tentang kisah hidup aku, tentang apa yang aku lalui tiap-tiap hari sebelum aku jumpa dia, tentang perasaan-perasaan yang selalu bertandang dalam hidup aku yang buatkan hidup aku makin worst dan sucks. Aku harap, yang datang tu biarlah yang betul-betul akan berdamping dengan aku sampai akhirat. Bukan sekerat jalan. Aku nak orang macam Jade. I need Jade in my life. Tuhan, janganlah kau biarkan aku hidup seorang diri di muka bumi ni.


Isnin, 6 Januari 2020

A lonely person

Aku tahu tak kenapa sejak aku menjadi dewasa ni, aku susah nak rasa perasaan gembira dengan sesuatu benda yang aku buat. Aku tak tahu kenapa, sekarang ini hidup aku terasa kosong. Aku terasa sunyi dengan hidup aku.

Semua benda yang aku buat aku cepat rasa bosan. Aku rasa tak gembira dengan apa yang aku buat itu. Aku tengok movie, memasak, bersenam dan aku cuba buat aktiviti itu semua. Tetapi aku tetap rasa kosong dengan hidup ini.

Ya, apa yang aku rasa waktu sekarang ini adalah aku sunyi. Aku kosong. Aku sepi dengan hidup aku. Aku perlukan teman. Yang sentiasa ada dengan aku untuk berbual, cerita macam-macam.

Aku tak tahu kenapa aku harus lalui perasaan begini. Aku, entahla. Aku perlukan pasangan berlainan jantina ke? memang aku perlukan benda itu ke.

Kenapa ya. Kenapa aku jadi begini. Aku cuba untuk rasa happy. Aku cuba untuk buang perasaan sunyi itu. Tapi tetap datang.

Aku ini kemurungan ke? semua benda yang aku buat, aku tak rasa happy. Dan aku rasa kosong.

Aku rindu dia. Rindu sangat. Dia seperti first love aku. Selepas habis sekolah, dia yang datang pada aku. Dia yang beri rasa pada aku.

Aku dah lama tak bercinta selepas aku kenal Hafiz dulu. Dia datang dan cari aku. Tapi sekarang, dia dah tinggalkan aku. Aku rindu dia.

Tuhan, kenapa aku seperti ini. Kenapa aku susah untuk rasa bahagia. Aku cuba untuk mendekati engkau. Tetapi aku tak ada rasa ketenangan itu bila aku berseorangan.

Tuhan, kuatkan aku. Kuatkan aku untuk lalui semua ini. Kuatkan aku untuk faham dan terima hidup aku sepi seperti ini. Kuatkan aku Tuhan....

Khamis, 25 Julai 2019

:)

Aku tak pernah lupa peristiwa hari itu. Pertemuan kali pertama aku dengan dia. Hampir setahun, tapi setiap kejadian hari itu aku tak pernah lupa. Aku tak nak lupa. Dan aku tak nak padam memori itu dari kotak fikiran aku. Mungkin aku akan padam. Aku akan buang apabila suatu hari nanti aku tahu jawapan di sebalik Allah kenalkan aku dengan dia ini.

Aku tak tahu. Perasaan apa ini. Perasaan yang aku ada pada dia ini tak ada dekat lelaki lain. Kalau suatu hari nanti dia bukan untuk aku, aku tak nak salahkan takdir aku kenal dia ini. Aku tak akan benci atau simpan rasa tak suka dekat dia kalau dia pilih orang lain. Sebab kenal dia ini, dia ada ajar dan sedarkan aku beberapa benda.

Dia sedarkan aku pasal hidup. Contohnya, dia pernah nasihat untuk keluar dari comfort zone. Dan dia salah seorang yang buat aku untuk jadi seorang manusia yang lebih baik. Dan semasa aku berada di tingkatan 6, dia inspirasi aku untuk rajin belajar dan berjaya.

Sebab aku nak jadi someone yang deserve for him. Walaupun aku sedar aku tak layak dan tak sama taraf dengan dia.

Dia lelaki yang baik. Aku tahu dia lelaki yang baik. Dan dia seolah-olah seperti abang.
Aku macam nampak ada karakter diri abang dalam diri dia.


Ya Allah,
Engkau yang berikan perasaan ini. Engkau yang hadirkan perasaan ini. Engkau yang menentukan nasib dan takdir hidup aku. Engkau yang menentukan takdir aku mengenali dia. Aku tidak tahu hikmah aku mengenali dia ini.

Ya Allah,
sekiranya dia adalah orangnya, sekiranya dia terbaik buat aku di dunia dan di akhirat, maka kau satukanlah dan temukanlah aku dengan dia suatu hari nanti.

Ya Allah,
sekiranya engkau hadirkan dia sebagai ujian dan pengajaran untuk aku, maka engkau jauhilah dia dari aku dan bukakan lah hati dan kurniakan aku kefahaman untuk memahami ujian ini.

Ya Allah,
Sekiranya dia bukan terbaik untuk aku suatu hari nanti, engkau lenyapkan la perasaan yang aku simpan selama ini kepada dia.

Ya Allah,
Engkau yang memegang hati aku ini. Jika dia adalah jodohku yang telah engkau tetapkan sejak dari luh mahfuz lagi, maka kau bantu lah  aku untuk menjaga hati ini. Dan kau bantulah dia untuk menjaga hati dia untuk aku juga sekiranya dia benar-benar mahukan aku.

Ya Allah,
Engkau kurniakan la aku lelaki yang terbaik buat aku. Lelaki yang terbaik di dunia dan di akhirat. Lelaki yang baik dalam agama dan akhlaknya. Lelaki yang matang, bertanggungjawab, penyayang dan mengutamakan aku dan anak-anakku. Engkau satukan la aku dengan lelaki itu di saat aku telah bersedia untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu.

Ya Allah,
Sesungguhnya kepada engkau sahaja tempat aku mengadu, berharap, bergantung dan bertawakal.

Khamis, 4 Julai 2019

Random


Abang dengan kak ain.
Acik dengan abang khairul.
Kak rehan dengan akhi fauzi.
Kak hazirah dengan akhi ahmad.

Inspirasi sebenarnya aku tengok abang-abang dengan kakak-kakak ini bentuk baitul muslim mereka. Cara mereka didik anak-anak, cara mereka layan pasangan dan keluarga.

Sangat inspirasikan aku.
Memang betul nampak mereka terapkan sakinah, mawaddah dan rahmah dalam baitul muslim itu.

Aku harap sangat suatu hari nanti aku dapat pasangan yang sama-sama terapkan tarbiah dalam baitul muslim itu. 

Tarbiah diri sendiri.
Tarbiah sesama pasangan.
Tarbiah untuk anak-anak.

Matlamat aku dalam perkahwinan itu,
Aku mahu membina baitul muslim yang Allah redha akan perkahwinan aku itu.

Jadi, aku perlu cari pasangan yang mempunyai fahaman dan matlamat yang sama dengan aku.

Aku perlukan pasangan yang sama-sama bertanggungjawab untuk bina tangga ketiga dalam maratib amal itu (masyarakat muslim)

Dan nak bina tangga ketiga itu, hasil didikan aku dan juga pasangan kepada anak-anak. Macam mana cara aku untuk didik anak-anak aku itu nanti dengan fikrah islam.

Aku nak bentuk keluarga aku sendiri dalam sistem tarbiah. Aku mahu kan anak-anak aku juga kelak menerima tarbiah sejak dari usia mereka kecil lagi.

Itu yang aku fikir dan pandang kalau aku mahu berkahwin kelak.

Aku tak minta dapat pasangan yang sempurna. tapi cukup la Allah temukan aku dengan pasangan yang ada fikrah islam itu sendiri.

Sebab itu, fasa sekarang ini aku sedang membina tangga pertama dalam maratib amal (individu muslim)

Masih banyak lagi benda yang aku perlu belajar.

"Perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik" (24:26)

Semoga Allah ketemukan aku dengan pasangan yang baik itu suatu masa nanti.










Ahad, 23 Jun 2019

sabah bumi tarbiah


Tarbiah.

Satu perkataan yang telah mendidik diri aku dalam banyak perkara. Perjalanan selama 2 tahun lebih aku tinggal di Sabah ini sebenarnya banyak mengajar aku tentang hidup. Menetap di sana menyedarkan  aku bahawa yang aku perlu keluar dari ‘comfort zone’. Ya tinggal di sana mengajar aku untuk hidup lebih berdikari dan tidak terlalu bergantung dengan orang sekeliling aku. Sebenarnya, itu adalah salah satu bentuk tarbiah yang aku terima sepanjang menetap di bumi Sabah.

Kalau orang tanya pada aku, apa yang aku dapat apabila berada di sana. Jujur, apa yang aku mahu jawab adalah aku dapat mengenali tarbiah. Sebelum aku datang ke Sabah, aku tidak pernah tahu lansung apa itu tarbiah. Yang aku pernah dengar tentang ‘Tarbiah Sentap’ sahaja. Tetapi maksud sebenar disebalik tarbiah itu aku tidak pernah ambil tahu. Setelah menyertai usrah, baru aku mengenali apa itu tarbiah.

Aku masih ingat ketika usrah bersama murabbiku Kak Icah, dia menyoal kami satu persatu apa yang kami faham tentang tarbiah. Apa yang aku jawab sewaktu itu adalah ‘’tarbiah itu salah satu cara untuk kita dekat dengan Allah’’. Jawab murabbiku, tarbiah itu sebenarnya bermaksud didikan. Dari situ, aku mula mengenal apa itu tarbiah. Dalam hidup kita ini sebenarnya, kita sangat perlukan tarbiah itu. Supaya kita sendiri mampu menjadi muslim yang lebih baik pada masa akan datang.

Aku bersyukur sangat dapat menyertai usrah dan tarbiah apabila menetap di sana. Dalam masa yang aku dapat dikelilingi dengan orang-orang yang baik. Orang yang mengajar aku tentang hidup, yang membawa aku kepada kebaikan dan selalu memberi nasihat dan peringatan sewaktu diri terasa ‘down’ untuk teruskan hidup. Walaupun mereka semua tidak bersama aku setiap masa, apabila bertemu sewaktu usrah, daurah, mukhayyam dan program-program tarbiah, aku dapat merasakan perasaan gembira itu apabila dikelilingi oleh mereka. Dan perasaan sunyi dan kosong yang aku kerap rasa itu dapat hilang sebentar apabila bersama mereka.

Aku mahu menamakan Sabah itu sebagai bumi tarbiah untuk aku. Kerana di sana la aku belajar mengenal pencipta. Di sana la aku belajar untuk memperbaharui diri aku untuk menjadi muslim yang lebih baik lagi. Sungguh la, terdapat beribu hikmah sebenarnya apabila Allah campak aku tinggal di sana. Aku masih ingat lagi, sewaktu aku berada di sekolah menengah, aku pernah berdoa pada Allah supaya Dia hadirkan aku sahabat yang baik, dikelilingi oleh orang-orang yang baik dan diberi peluang untuk menyertai usrah. Berapa tahun Allah simpan kemas jawapan untuk doa aku itu, setelah aku memasuki usia 20 tahun dan berada di Sabah, Dia jawab doa aku itu.

Kadang-kadang kita tak pernah Nampak kebaikan yang Allah nak tunjuk kepada kita kerana kita telah telah ditutup dengan keburukan yang sering kita persoalkan.

Sabtu, 22 Jun 2019

A bit story from me

Assalamualaikum!


Setelah sekian lama dan berbulan-bulan lamanya aku tak menjenguk blog aku ini.

Al-maklum la, masa yang ada tidak beri kesempatan untuk aku buka blog ini. Terlalu sibuk dengan kuliah, assignment , proposal thesis, program dan uruskan diri sendiri.


Sekarang tengah cuti semester, baru sekarang terasa mahu menjenguk blog ini semula. Sekarang aku cuti semester panjang selama 3 bulan. Awal bulan 9 ini balik semula ke UMS tercinta (sangat). 


Oh ya, aku tak dapat kolej kediaman dah :( tak ada la sedih sangat sebab rasa macam tahun 3 nanti aku tak nak duduk dalam sebenarnya. Dah 2 tahun duduk dalam ini aku rasa macam bosan pula. Teringin juga nak merasa tinggal di luar. UMS ada kolej kediaman di luar juga. Nama kolej kediaman itu Kolej Kediaman Usia. Aku rasa macam student yang dapat tinggal dekat situ seronok kot sebab kolej tu dekat sangat dengan shopping mall weyyyy! Shopping mall itu namanya 1Borneo. Serius dekat sangat sebelah-sebelah je.


So aku sebenarnya berangan-angan nak duduk dekat Kolej Kediaman Usia itu. Tapi berangan sahaja la mampu. Nak dapatnya entah dapat entah tidak. Kalau tak dapat pun, aku decide nak sewa rumah dekat Tower B itu. Dengan Kak Ann, Khalida. Tapi kena cari orang lagi la. 


Ini baru perancangan. Aku tak tahu la mana satu yang aku perlu pilih sekarang ini. Tapi aku memang dah tak ada hati nak duduk kolej kediaman. Entah la. Sebab bosan kot. Ini nak balik sabah balik pun aku tak tahu nak merempat mana. Sakit kepala aku fikir pasal ni. Jadi aku tak nak fikir. Tapi nak tak nak aku kena fikir juga 😞


Buka semester baru ini, dah jadi student final year wey! Pergh kejap gila dah nak final year dah aku. Aku rasa macam semalam tau aku masuk UMS. Rasa macam baru ja Mak, Acik dan Acu hantar aku kat KLIA. Rasa macam baru ja belajar naik kapal terbang haha. Rasa macam baru ja tadi abang, kak Ain, Asma' dan Amru pick up aku kat KK Airport. Dan rasa macam baru semalam ja daftar, tarik luggage kat UMS. Dah nak habis. 


Serius aku cakap 3 tahun itu tak rasa macam 3 tahun sangat pun. Maybe sebab setiap semester cuma 4/5 bulan ja kan. So sebenarnya ikutkan duduk kat sana berapa bulan ja pun. Lepas itu, cuti semester balik Perak balik. Jadi sebab itu tak ada la rasa sangat feeling-feeling 3 tahun menangis dekat bucu tingkap tak dapat balik lansung itu.



Sebenarnya aku agak nervous juga la nak hadap life semester 5&6 ini nanti. Dapat rasa betapa mencabarnya. Serious talk, semester 4 pun aku rasa gila tough. Nak study itu pun aku rasa macam pandang sebelah mata ja. Final exam hari itu pun aku study last minute. Sehari sebelum exam untuk subjek apa entah aku tak ingat, memang siang dengan malam itu baru aku nak hadam kuliah dari first week sampai la ke minggu 14. 


Aku tak tahu la result exam semester 4 aku ini macam mana. Drop atau naik. Wallahualam. Tapi aku harap naik la sebab pointer aku baru 3.21 ja 😞 nasib pointer semester 3 menyelamatkan CGPA aku. Kalau tidak, aku tak tahu la mungkin makin drop aku rasa.


Semoga aku keputusan peperiksaan yang baik dan lulus untuk setiap subjek semester 4. Amin! 


Aku tak confident dengan subjek Politik Antarabangsa Asia Pasifik itu. Itu last paper. Aku hentam ja jawab exam subjek itu. Apa yang aku ingat, aku tulis. Entah la dewan exam itu sejuk macam dah dekat kutub utara aku jawab exam. Sejuk nak mati. Tangan shaking ja nak menulis. Ater dah sejuk bebenor!


Cuti ini aku tak buat apa sangat. Duduk rumah, kemas rumah, belajar masak, baca-baca buku. Sekurang-kurangnya aku buat benda yang memanfaatkan masa aku. Dah besar ini aku rasa macam worthless sangat kalau tak manfaatkan masa yang ada untuk buat benda-benda yang bermanfaat. Maybe sebab aku dah matang kan, itu sebab aku ada perasaan begitu.


Dan esok hari Isnin aku akan start kerja as a sales promoter dekat kedai tudung dalam Mydin. Gaji basic RM1000. Dapat sales sehari RM500 nanti dapat la komisen 1%. Okay la tu. Ada la juga nanti aku duit nak survive untuk tahun 3 nanti. Entah la banyak nak kena pakai duit waktu tahun 3 nanti. Nak mengharapkan PTPTN, memamg idok la gamaknya aku hidup kat sana.


Tapi yang best start sem 5 nanti PTPTN aku dah tak tolak lagi duit untuk WPP aku. Maksudnya duit aku banyak sikit la dari sebelum ini. Alhamdulillah la. Harap dapat survive dengan baik. 


Aku tak tahu la bila aku nak start buat tesis aku itu. Aku macam tak ada idea lagi nak buat bab 1. Sepatutnya aku kena start buat sekarang untuk bab 1 itu supaya nanti aku tak rasa nak gantung diri kat kipas siling waktu semester 5 dengan 6 nanti. Tapi itu la masalahnya, aku masa cuti ini memang otak tak boleh nak connect lansung beb hal-hal study ini. Memang otak aku pun ikut cuti juga😭 patut la bila buka semester ja, aku rasa macam bodoh-bodoh ja. Hahah! 


Lagi pun, aku nak kerja so aku rasa macam tak ada semangat lagi nak buat tesis. Pergi kerja jam 10 pagi balik kerja jam 10 malam beb. Hang bayangkan la 12 jam aku kena kerja. Nasib baik layan customer ja. Harap baik-baik ja la aku kerja. Niat aku nak cari rezeki untuk survive waktu tahun 3 nanti. Aku tak nak rely on duit parents sangat. 


Okay la. Itu ja la aku nak tulis. Jenuh la aku nak taip panjang-panjang. Sakit kot jari. Ini mata aku tak lelap lagi tak tahu la pasal apa. 


Bye assalamualaikum ^-^

Sabtu, 16 Mac 2019

Kosong.

Aku tak tahu kenapa.
Malam ini, lagi sekali rasa kosong itu datang semula kat hati aku. 
Aku tak mampu nak ungkap dengan kata-kata perasaan itu.

Perasaan itu, seperti kosong.
Entah. 
Yang cuma mampu, mahu menangis je.

Memang waktu usia begini, perlu alami fasa rasa kosong dalam hidup kan?

Aku cuma mampu positif sahaja untuk lawan bebanan perasaan yang aku selalu rasa ini.

Aku nak luah pada orang, orang tak faham. Aku cuma luah dalam tulisan dan pada Allah sahaja .

Aku selalu cakap ,
"Allah kat engkau sahaja aku bergantung dan berharap, engkau sahaja yang tahu apa aku rasa dan isi hati aku ini". 
Aku selalu cakap macam itu kat Allah, dari itu, aku rasa Allah itu memang ada sangat.

Entahla. 
Setiap orang lain-lain ujian dia kan.
Aku, Allah uji aku begini. Allah uji aku dengan rasa kosong dalam hati ini.

Mungkin ini cara untuk aku dekatkan diri aku dengan Allah.
Belajar cari Allah dalam semua perkara tidak kira waktu aku susah atau senang.

Dulu aku selalu lupa Allah waktu aku di fasa lupa diri. Selalu waktu susah baru nak cari Allah.

Semoga aku terus kuat je la nak teruskan hidup yang makin singkat waktu ini.





I am like TRISY

Dah lama tak tulis kat blog ini. Dah lama tak buka blog ni. Berapa abad dah. Sebab malas dan kadang-kadang tak tahu nak pos dan tulis apa. T...